10 Ciri Lelaki Playboy Setiap Wanita Harus Tahu

Jom ketahui apa ciri-ciri lelaki Playboy, bagaimana cara mengenali lelaki Playboy atau kaki perempuan ataupun lelaki kasanova? Secara dasarnya, Lelaki Playboy adalah lelaki yang mempunyai ramai teman wanita dan bagi mereka seorang teman wanita adalah tidak mencukupi buat mereka.

Lelaki Playboy tidak semestinya mempunyai rupa paras yang hensem, macho atau kacak. Rupa biasa-biasa sahaja pun boleh menjadi playboy asalkan mereka mempunyai ciri-ciri seorang Playboy. Lagilah kalau rupa hensem adalah satu bonus untuk mereka. Mereka juga sanggup berpura-pura mengenepikan sifat wanita yang dibenci lelaki untuk menjadi Playboy.

Di bawah ini ialah 10 senarai ciri-ciri lelaki playboy yang perlu anda tahu, khususnya bagi kaum perempuan:

1) Sangat Mudah Mengungkapkan Kata Cinta

Lelaki Playboy sangat mudah untuk mengungkapkan kata cinta atau I Love U kepada wanita yang baru dikenalinya. Kalau ada lelaki yang mengungkapkan kata cinta beberapa hari sahaja selepas berkenalan, sila berhati-hati kerana hampir pasti lelaki itu seorang Playboy dan tidak serius dan cuma main-main sahaja.

2) Banyak Kawan Perempuan

Salah satu ciri-ciri wajib bagi lelaki playboy atau kaki perempuan ialah mempunyai banyak kawan perempuan. Oleh itu, jangan hairan kalau ada antara rakan-rakan anda kenal dengan dia.

3) Tidak Menjawab Panggilan Telefon/Whatsapp/WeChat/SMS dll

Lelaki Playboy jarang mahu menjawab sebarang panggilan ketika bersama anda kerana kemungkinan wanita lain yang menelefonnya ketika itu. Kalau dia sudah kerap sangat tidak menjawab panggilan telefon, maka besar kemungkinan wanita lain yang menelefonnya. Begitu juga dengan mesej dari Whatsapp, WeChat, Messenger, SMS dll. Awas, kalau mereka ada menunjukkan yang mereka membalas panggilan/message secara sembunyi-sembunyi.

4) Pandai Berkata-kata

Lelaki Playboy sangat pandai berkata-kata dalam perbualannya walaupun kebanyakannya cuma kata kosong atau temberang semata-mata. Mereka juga sangat pandai memujuk wanita dan membuatkan hati mereka cair.

5) Suka Berahsia Akan Aktivitinya

Mereka tidak akan suka menunjuk-nunjuk akan aktiviti sehariannya kerana takut kantoi dan orang akan tahu akan cintanya curang. Mereka juga akan hanya memberitahu akan aktiviti mereka apabila dianya bermulang kali dengan tidak berapa rela.

6) Mempunyai Lebih Daripada Satu Nombor Telefon

Lelaki playboy biasanya akan menggunakan nombor telefon yang berlainan untuk memikat wanita. Biasanya satu nombor memang untuk personal dan nombor-nombor yang lain digunakan untuk memikat wanita-wanita di luar sana. Lelaki Playboy ini juga kerap bertukar nombor telefon.

7) Pentingkan Privasi Sendiri

Mereka tidak suka dan tidak benarkan orang lain menggunakan dan membelek-belek kandungan dalam handphone mereka. Dan jika dia benarkan pun, pasti akan ada banyak access yang di lock seperti applikasi Whatsapp, WeChat, Facebook dan SMS bagi memastikan orang lain tidak dapat melihat kandungnnya.

8) Tidak Serius Dalam Perhubungan

Kalau dah namanya Playboy, memang serius dalam perhubungan tiada dalam hidup mereka. Oleh sebab itu, lelaki Playboy ini biasanya akan menunjukkan sikap seolah-olah dia serius dan mengambil berat pada awal perkenalan sahaja walaupun yang sebenarnya mereka tidak serius dalam relationship mereka. Sekejap sahaja mereka akan kembali ke sifat asal dan memberi banyak alasan.

9) Suka Bergaya dan Pentingkan Penampilan

Lelaki yang Playboy sangat pentingkan penampilan dan suka bergaya. Mereka juga tidak suka kelihatan selekeh jika keluar dari rumah. Melalui penampilan juga mereka akan cuba memikat wanita-wanita lain yang mereka minat.

10) Mudah Mesra Dengan Perempuan

Lagi ciri-ciri Lelaki Playboy biasanya mudah mesra dan ramah dengan kawan perempuan yang baru dikenali sebab mereka memang sudah masak dengan sikap perempuan. Walaubagaimanapun, tidak semestinya semua lelaki yang mesra dan ramah dengan perempuan itu adalah Playboy.

Sumber: Kakipromo