10 Pulau Di Malaysia Yang Anda Perlu Rahsiakan

Stress..! Stress betul hidup kita ni kan? Kalau anda setuju pasti anda impikan percutian atau break untuk melepaskan tension dan stress. Destinasi mana yang anda akan pilih? Kalau ke luar negara macam pedih untuk poket kita sebab ringgit sudah jatuh berbanding matawang asing. Kalau ke luar bandar macam boring je. Pasti anda terfikir destinasi yang ideal macam pulau pulau yang cantik di Malaysia!

Di sini kita mahu kongsikan 10 pulau cantik yang anda tak patut sebarkan kepada orang lain. Cukup untuk diri sendiri supaya anda dapat enjoy pulau tu dengan aman!

180716_003_001

1. Pulau Rawa (Johor)

Pulau Rawa adalah salah satu pulau dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di pesisiran laut timur Johor. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

180716_003_002

2. Pulau Sipadan (Sabah)

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah. Pulau ini merupakan satu-satunya pulau batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai tempat pilihan untuk aktiviti menyelam skuba dan antara yang terbaik di dunia

180716_003_003

3. Tanjong Jara (Terengganu)

Terletak berhampiran bandar Dungun, pantai Tanjung Jara ini mempunya persisiran pantai yang luas dan pasir keemasan. Dengan suasana yang tenang dan damai anda pasti dapat melepaskan stress yang lama terpendam

180716_003_004

4. Pulau Mabul (Sabah)

Pulau Mabul ini terletak berhampiran Pulau Sipadan. Pulau yang kecil dan melengkung ini juga terkenal untuk aktiviti ‘scuba diving’ kerana terdapat pelbagai flora dan fauna di dasar laut yang sangat cantik dan unik.

180716_003_005

5. Pulau Sapi (Sabah)

Pulau Sapi adalah pulau yang terletak di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di sebelah Pulau Gaya. Pulau seluas 25-ekar (10 ha) memiliki pantai yang terbaik di taman ini dan popular dikalangan pelancong bagi aktiviti snorkeling dan menyelam

180716_003_006

6. Pulau Tenggol (Terengganu)

Pulau Tenggol terletak di negeri Terengganu dan mempunyai 20 tempat menyelam yang cantik dan menarik. Diantaranya Teluk Air Tawar yang di syorkan sebagai tempat terbaik untuk melihat penyu. Batu Tokong Laut pula turut menarik bagi melihat ikan selar dan beberapa jenis batu karang.

Jika anda bernasib baik, diantara bulan Julai dan September anda berpeluag melihat kehadiran Yu paus yang besar dan cantik.

180716_003_007

7. Pulau Perhentian Kecil & Besar (Terengganu)

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu.

Pada masa ini Pulau ini menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara kerana kecantikan pantai dan laut.

180716_003_008

8. Pulau Layang Layang

Pulau Layang-Layang ini adalah sebuah pulau yang merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly yang pada masa ini menjadi rebutan beberapa negara di Asia. Pulau ini kaya dengan flora dan fauna dan terkenal sebagai sebuah tempat menyelam terbaik.

180716_003_009

9. Tanjung Rhu (Langkawi)

Tanjung Rhu adalah sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah. Tanjung Rhu menawarkan pengalaman yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka bersantai di tepi pantai. Bot pelancong juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmati kecantikan ciptaan Tuhan di sepanjang Sungai Kilim – Kilim Natural Geopark.

180716_003_010

10. Pulau Aur (Johor)

Pulau Aur terletak kira-kira 60 kilometer dari timur Mersing di Johor, Malaysia. Pulau Aur merupakan satu daripada kawasan Taman Marin Johor.

Pulau Aur memiliki banyak spesies hidupan marin. Ia juga dijadikan tempat perhentian para nelayan. Sungguhpun agak kecil, pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokeling.