4 Cara Mudah Buat Ramyun Anda Rasa Lebih Enak!

Kepada peminat mee segera Korea ramyun, pasti korang dah cuba beberapa cara untuk membuat ramyun anda lebih unik seperti menambah telur dan cheese. Tapi itu semua macam biasa orang buat.

Kalau anda nak tahu rahsia orang korea buat ramyun yang mantap, jom lihat di bawah.

 

1. Bawang Putih Cincang Atau Dihiris

Sediakan ramyun anda seperti biasa dan lepas tu tambahkan segumpal bawang putih yang telah di cincang atau dihiris. Bau dan rasa bawang putih dapat menghilangkan rasa minyak dan akan membuat sup ramyun anda lebih kow!

 

2. Hirisin Daun Bawang

Ramai orang Korea suka masakan bernama “padak”, sebuah hidangan ayam goreng di taburi hirisan daun bawang. Daun bawang dapat membuat┬áhidangan ramyun anda rasa yang ‘fresh’ dan juga memberikan rasa rangup bila anda menikmati mee anda. Pastikan anda menambah daun bawang satu atau dua minit sebelum ramyun anda masak untuk memastikan daun bawang anda masih rangup!

3. Ssamjang (Pes Soya Korea)

Ssamjang adalah sebuah pes dari kacang soya yang telah di proses untuk memberi rasa yang dalam dan lazat. Biasa digunakan untuk BBQ korea. Kalau ssamjang di tambah kedalam ramyun anda, rasanya pasti seperti rasa tteokbokki. Awas.. jangan letak terlalu banyak (hanya 1 sudu besar) kerana terlalu masin.

 

4. Minyak Dari Tin Tuna

Haaa.. ni yang paling best. Cuba anda try tambahkan minyak dari tuna dalam tin kedalam ramyun anda. Apa rasanya? Peehh… pasti meletop! Jangan letak banyak sangat.. agak agak dalam satu sudu teh hingga satu sudu besar sudah mencukupi. Rasanya korang kena cuba sendirilah!

Cham Out!