4 Sebab Kenapa Seluar Dalam Lelaki Di Jual Dalam Kotak Dan Wanita Tidak

Pernah tak anda perasan kenapa seluar dalam lelaki di jual dalam kotak dan untuk wanita hanya di gantung atau di longgokkan?

Pelik tapi ada sebabnya yang tersendiri. Mari kita lihat.

1. Strategi Pemasaran

Salah satu alasan kenapa seluar dalam lelaki dijual di dalam kotak adalah di sebabkan strategi pemasaran syarikat pengeluar seluar dalam itu.

Jika seluar dalam lelaki dijual secara individu atau berlonggokan, lelaki pasti akan membeli sehelai sahaja kerana sepasang seluar dalam sudah mencukupi untuk lelaki. Jadi kalau di kotakkan dalam pek 4 atau 5 helai.. terpaksalah lelaki beli lebih banyak.

Tetapi jika seluar dalam wanita dijual dalam kotak, perempuan hanya akan beli sekotak sahaja kerana dalam satu kotak dah ada pelbagai pilihan warna. Ini pasti bukan yang diingini syarikat pengeluar!

2. Memilih

Wanita lebih suka memilih sebelum membeli, sementara lelaki pula akan membeli dengan hanya melihat ukuran yang tertera di kotak.

3. Warna & Ciri-Ciri Seluar Dalam

Selain warna, tidak ada benda lain yang akan dipertimbangkan oleh lelaki bila nak beli seluar dalam.

Jika seluar dalam wanita ditempatkan dalam kotak, habis semua kotak akan dibuka dan ini pasti membuat towkey kedai marah! Biasalah, wanita nak pastikan corak-corak, warna dan bentuk sesuai untuknya.

4. Pemalu

Sebenarnya kaum lelaki adalah kaum yang pemalu bila datang bab nak beli seluar dalam. Lebih-lebih lagi jika staff yang jaga tu seorang wanita. Jadi kalau dimasukan ke dalam kotak lebih menyenangkan si lelaki untuk touch and go dengan cepat.

Anda setuju?