5 Cara Mudah Atasi Kaki Berbau

Sangat tidak selesa sekiranya kita mengalami masalah kaki berbau. Sekiranya bukan anda mengalami masalah kaki berbau tersebut, mungkin terdapat ahli keluarga atau rakan-rakan anda mengalami masalah kaki berbau ini.

Masalah kaki berbau ini selalunya dikaitkan oleh golongan lelaki. Tetapi golongan wanita juga tidak ketinggalan untuk menghadapi masalah kaki berbau ini. Selepas menanggalkan stokin atau kasut, bau kurang menyenangkan pasti membuat orang sekeliling akan berasa tidak selesa dengan situasi ini.

Punca Kaki Berbau

Terdapat beberapa punca yang akan menyebabkan kaki berbau. Antaranya ialah:

  • Peluh – Aktiviti harian akan menyebabkan lembapan dan peluh dihasilkan di kaki akan menyebabkan kaki berbau.
  • Gaya hidup – Aktiviti harian di tempat kerja dan di tempat kuliah memerlukan anda memakai kasut tertutup dan stokin yang tidak mempunyai pengudaraan yang tidak baik dan lancar.
  • Kebersihan – Gaya kebersihan yang kurang mempengaruhi faktor punca kaki berbau.

Petua Mengatasi Masalah Kaki Berbau

Anda boleh mencuba beberapa petua di bawah ini untuk mengatasi masalah kaki berbau tersebut.

1. Potong kuku

Sentiasa rajinkan diri anda untuk memotong kuku kaki anda. Jangan biarkan kuku anda panjang. Sekrianya kuku kaki anda panjang, secara tidak langsung akan menyebabkkan terdapat kekotoran di celah-celah kuku anda.

2. Rendam kaki

Bagaimanakah anda hendak mengurangkan dan mengatasi masalah kaki anda yang berbau dengan mudah? Anda boleh merendamkan kaki anda sama ada menggunakan garam, serbuk teh atau serbuk kopi.

  • Garam atau serbuk teh – Rendamkan kaki anda di dalam besen yang mengandungi garam, serbuk teh bersama-sama dengan air suam dan biarkan selama 10 minit.
  • Serbuk kopi – Serbuk kopi hendaklah dibungkus dengan kain bersih dan biarkan semalaman.

3. Gosok

Ketika mandi, anda hendaklah menggosok kekotoran di celah-celah kaki anda. Gunakan span mandi atau berus lembut dan sabun ketika membersihkannya.

4. Pilih kasut

Ketika anda hendak membeli kasut, anda hendaklah membuat pilihan yang sesuai dan berkualiti.

5. Simpan kasut

Tempat penyimpanan kasut juga hendaklah bersesuai. Pastikan pengudaraan dan tempat aliran udara terbuka dan lancar. Anda juga boleh meletakkan gel silica sekiranya anda menyimpan kasut anda di dalam kotak kasut.

6. Kerap tukar kasut dan stokin

Sekiranya anda mengetahui kaki anda kerap berpeluh dan menyebabkan kaki anda berbau, anda hendaklah rajin-rajinkan diri anda untuk kerap menukar stokin yang anda pakai dan mencuci kasut anda.

Fakta Kesihatan : Setiap kaki manusia mempunyai 250,000 kelenjar peluh dan mampu menghasilkan 500 mililiter atau satu cawan peluh setiap hari.

Selamat mencuba.