5 Cara Mudah Atasi Masalah Kewangan Dalam Hidup Anda

Soal kewangan tidak boleh dipandang remeh. Jika kita tidak mengurusnya dengan baik, pasti kita akan berdepan dengan masalah kekurangan duit, lebih teruk lagi jika kita terpaksa menanggung bebanan hutang. Anda pasti tidak mahu perkara sebegini terjadi kepada anda kan.

Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan 5 cara untuk anda uruskan kewangan dengan baik dan mengelak dari berdepan dengan masalah kekurangan duit.

5 Tips Atasi Masalah Kewangan Peribadi

1) Catatkan Pendapatan Tetap Sahaja Untuk Perbelanjaan

Pendapatan tetap adalah pendapatan yang kita yakin kita akan perolehi setiap bulan, contohnya gaji bersih. Elak dari mencatatkan atau mengira pendapatan sampingan atau pendapatan yang sekadar anggaran atau yang belum pasti. Buat kiraan belanja bulanan hanya berdasarkan pendapatan tetap.

2) Rangka Anggaran Perbelanjaan

Setiap hari, minggu atau bulan (ikut kepada kemampuan) rangka jadual perbelanjaan. Tulis senarai barang yang ingin anda beli atau bil yang perlu anda bayar. Elak dari berbelanja lebih dari pendapatan tetap anda. Anda boleh agihkan pendapatan tetap untuk anda belanjakan setiap hari atau setiap minggu. Contoh anda ketepikan RM300 seminggu. Anda kena pastikan anda tidak berbelanja lebih dari RM 300 seminggu.

3) Buat Analisa Pendapatan vs Pengeluaran

Berdasarkan pendapatan dan anggaran perbelanjaan anda, buat analisa untuk meneliti sama anda anda berbelanja mengikut keperluan ataupun mengikut nafsu. Jika anda perhatikan, perbelanjaan anda semakin melebihi pendapatan anda, maka dah sampai masanya untuk anda kurang berbelanja. Kurangkan sikap boros ketika berbelanja.

4) Buat Tabungan

Setelah membuat analisa, pastikan ada lebihan wang pendapatan untuk anda buat tabungan. Contohnya jika anda agihkan RM300 untuk dibelanjakan seminggu, pastikan dalam RM300 itu ada peratusan untuk tabungan anda. Contoh RM50 anda simpan untuk tabungan setiap minggu. Ataupun sebelum anda agihkan wang perbelanjaan, terlebih dahulu anda telah menolak peratusan dari gaji bersih untuk tabungan anda. Contoh jika gaji anda RM 3000 sebulan, bolehlah anda ketepikan RM300 sebagai wang tabungan.

5) Elak Berhutang

Anda boleh berhutang untuk membeli aset, contohnya membeli kereta atau rumah tetapi jangan pula berhutang kerana terlebih belanja. Berhutang sebenarnya bukan penyelesaian kepada kekurangan wang. Jika anda biasakan diri berhutang bila anda terlebih belanja, lama kelamaan anda akan mula dibebani dengan masalah hutang yang semakin tertangguh. Ini akan memberi kesan serius kepada masalah kewangan anda.

Bijaklah merancang kewangan agar anda tidak rasa terbeban. Setiap pendapatan sampingan itu boleh anda anggap sebagai bonus atau wang tambahan untuk anda gunakan ketika waktu anda sangat memerlukan dan bukannya untuk lebih boros berbelanja.

Sumber: Tokeinfo