5 Jenis Orang Yang Pasti Ada Di Pejabat

Kita nak bekerja bukan sebulan dua, tapi bertahun-tahun barulah akan tukar kerja. Tapi, pasti kita nak rasa seronok tiap kali waktu bekerja.

Contohnya seperti bos yang baik, suasana pejabat yang menyeronokkan dan yang paling penting rakan sekerja yang sekepala, barulah tak stress sangat nak bekerja.

Tapi, ada lima jenis rakan sekerja yang perlu kamu jauhi! Bahaya untuk anda!

1. Si Busuk Hati

Hati-hati dalam memilih rakan sekerja. Ada dalam kalangan anda yang busuk hati dan suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jaga-jaga!

2. Kaki Kipas

Orang macam ni memang sentiasa ada. Mana sahaja anda pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya.

3. Peminjam Duit Tak Reti Ganti

Ada diantara rakan sekerja yang ada masalah kewangan dan akan datang untuk meminjam. Tapi, kena hati-hati, jika orang itu ada sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti. Sediakan alasan untuk mengelak.

4. Pemalas & Kuat Ponteng

Jauhi dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya anda tak terpengaruh dengan perangai ‘negatif’ mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.

5. Kaki Gosip

Golongan yang paling banyak dekat tempat kerja, si kaki gosip! Kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa anda pula yang jadi topiknya!

Sumber: Eh