5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Sebuah Rolex Submariner

Kepada anda yang meminati fesyen mewah, pasti anda tidak dapat lari daripada nama Rolex yang begitu sinonim dengan jam tangan mewah. Nama seperti Datejust, Daytona, GMT Master 2 memang biasa kita dengar dan menjadi pilihan ramai ahli perniagaan, selebriti dan juga atlet atlet antaranbangsa.

Tetapi diantara jenis model jam tangan Rolex, terdapat satu model yang berdiri lebih tinggi daripada yang lain bukan disebabkan harganya tetapi disebabkan sejarahnya yang sungguh mendalam. Jam tanga itu adalah Rolex Submariner. Mari kita lihat mengapa.

rolex-submariner-116610-watch-case

1. Jam Tangan Ikonik

Rolex begitu terkenal dengan kemahiran mereka membuat jam tangan. Di sebabkan itu Rolex di anggap sebagai sebuah jenama jam yang tinggi statusnya dalam industry jam tangan dan juga fesyen mewah. Sebuah jam tangan Rolex seperti Submariner tidak akan hilang kecantikannya walaupun sudah berpuluh tahun umurnya dan masih dianggap sebuah jam tangan yang ikonik. Ramai selebriti yang memilikinya sejak dulu lagi.

bran-pitt-rolex

2. Hasil Buatan Tangan Oleh Rolex

Hampir semua komponen dalam jam tangan Rolex di buat di kilang mereka sendiri. Rolex menghasilkan emas, bekas, gelang jam, bezel dan pergerakan jam di dalam kilang mereka dengan kecekapan yang luar biasa dan berkualiti.

screen-shot-2015-09-01-at-2-01-34-pm

3. Sofistikated

Apabila anda memakai jam tangan Rolex Submariner, penampilan anda akan di ‘upgrade’ kan dan akan kelihatan lebih sofistikated. Anda akan mengeluarkan aura yang menunjukan yang anda ambil berat tentang penampilan anda dan bagaimana anda membawa diri di kalangan orang lain.

399606_276875339088188_7086_med_hr

4. Tampak Lebih Penting

Ternyata sekali apabila orang lain melihat anda memakai sebuah Submariner, serta merta persepsi mereka terhadap anda akan berubah. Dalam fikiran mereka, anda bukanlah calang-calang orangnya dan disebabkan itu anda haruslah di beri perhatian lebih dan di layani dengan lebih mesra.

bi_graphics_rolex-submariner-annotated_02

5. Harga Jualan Balik Tinggi

Memang semua peminat jam tangan bersetuju bahawa jam tangan Rolex, terutamanya Submariner memang boleh mencapai harga jualan balik yang tinggi. Ini di sebabkan produksi jam tangan ini adalah terhad setiap tahun dan pada masa yang sama, permintaan untuk model jam ini amatlah tinggi. Mungkin ia tidak akan mengejutkan anda bahawa jam tangan second hand pun boleh capai harga seperti Submariner yang baru.

Sumber: Rolex/Business Insider