5 Sebab Kenapa Duit Kita Selalu Tak Cukup

Pasti setiap orang di sini pernah mengeluh yang duit selalu tak mencukupi. Lebih lebih lagi bila sampai ke penghujung bulan kita semua duduk rumah makan maggi kari je sebab tunggu gaji masuk.

Kalau anda seperti itu, pernahkah anda terfikir kenapa jadi sedemikian? Mari kita lihat sebabnya.

1. Gaya hidup meningkat

Bila anda mula bekerja transport anda ialah bas, kereta api, tetapi setelah bekerja beberapa tahun, beralih menjadi teksi atau Uber. Bila dulu tidak suka lepak sebab tak berduit, sekarang hangout di coffee shop, Starbucks bersama teman-teman adalah rutin setiap Jumaat. Ini yang terjadi pada banyak orang. Terutamanya, penjawat awam.

Cyril Northcote Parkinson penulis buku Parkinson’s Law mengatakan semakin besar pendapatan seseorang maka dia akan cenderung meningkatkan cara dan gaya hidupnya.

Akibatnya, perbelanjaan pun bertambah seiring dengan peningkatan pendapatan. Apalagi jika peningkatan pembelanjaan melebihi kenaikan gaji. Misalnya gaji hanya naik 10 % sementara perbelanjaan bertambah menjadi 10-20 % . Bila terjadinya keadaan seperti ini, seberapa besar pun gaji anda, tidak akan pernah cukup!

2. Tiba-tiba menjadi penting

Apabila gaji anda naik biasanya yang juga naik adalah keinginan terhadap sesuatu. Padahal, ketika gaji belum naik, keinginan itu tidak muncul.

Misal, masa gaji RM1500, Anda tak mengidampun gadget tertentu kerana menganggapnya tidak penting dan tidak cukup duit. Tapi apabila gaji naik dua kali ganda, tiba-tiba saja Anda merasa gadget tersebut menjadi penting. Mengapa? Kerana ada dana yang membolehkan anda membelinya. Padahal itu hanya keinginan bukan kepentingan.

3. Lebih best dibelanjakan daripada ditabung

Niat sebelum mendapat gaji adalah menabung dan melabur, namun niat ini terabai begitu sahaja apabila gaji sudah berada di tangan. Tiba-tiba saja Anda merasa sayang mengeluarkan duit untuk penyediaan masa depan. Menabung? Sorry lah…Nanti kalau ada baki. Melabur? Sayang, bulan depan saja la ye. Selalu ada alasan untuk menunda niat ini.

Mengapa berubah fikiran? Kerana berbelanja adalah jauh lebih senang daripada menabung. Ketika belanja, Anda akan mendapatkan handbags, kasut, baju dan lainnya. Sedangkan kalau ditabungkan, Anda tak nampak apa apa pun.

Memilih barang saat belanja juga memberikan kenikmatan tersendiri. Begitu menyenangkan sampai kerap tak sadar telah menghabiskan duit di dompet. Akhirnya ketika ada keperluan yang benar-benar penting, simpanan anda sikit dan merasa gaji tak pernah mencukupi.

4. Berbelanja secara impuls

Bila gaji dah masuk tiba tiba anda berasa diri hebat sebab banyak duit. Barang-barang yang di lihat di depan mata lebih lebih lagi kalau ada sale menjadi satu tarikan yang amat kuat sehingga anda berbelanja secara impuls atau maksud lain berbelanja tanpa fikir panjang. Maklumlah gaji baru masuk.

Bila sampai ke pertengahan bulan baru sedar yang anda terlebih berbelanja dan terpaksa ikat perut tunggu gaji bulan depan.

5. Kenaikan tak sebanding dengan inflasi.

Inflasi adalah musuh nombor satu kepada duit kita. Kebiasaannya setiap tahun pasti ada kenaikan inflasi yang bermakna barang barang yang di jual akan menjadi lebih mahal. Contohnya dulu teh tarik cuma RM1 segelas. Kalau sekarang ke kedai mamak ada yang caj sampai RM 2 untuk satu gelas.

Kalau gaji anda naik dengan kadar yang lebih rendah dari kadar inflasi, lama-kelamaan anda akan merasai yang duit anda tidak cukup kerana barang barang sudahpun menjadi lebih mahal tetapi gaji anda masih lagi sama.

sources: http://jambi.tribunnews.com