5 Tips Buat Restoran Anda Ramai Pelanggan

Seribu satu cara sudah dilakukan! Tapi kenapa restoran atau cafe saya masih kosong?

Jika ada pelanggan pun hanya sementara saja. Sebenarnya dimana letak kesalahan?

Ini adalah perasaan kebanyakkan pemilik pemilik restoran dan cafe yang memulakan bisnes tanpa menyelidik dan membuat pelan yang kukuh.

Menjalankan bisnes restoran/cafe ini bukanlah mudah seperti yang anda lihat. Banyak cabaran dan dugaan yang anda harus lalui jika hendak berjaya.

Memang lumrahnya, kebanyakkan (60%) restoran atau kafe akan lingkup atau nyawa-nyawa ikan dalam tahun pertama beroperasi.

“Jadi kalau macamtu baik saya tak payah buka bisnes restoran”

Jangan terlalu negatif kerana anda perlu tahu antara bisnes-bisnes yang paling senang untuk di mulakan juga adalah bisnes restoran dan cafe!

Yang penting anda haruslah praktikan 5 prinsip ini dahulu


1. Perlu ada keunikan tersendiri

Kalau anda biasa balik kampung musim perayaan, pasti anda akan berhenti di R&R untuk berehat dan menjamu selera. Kalau anda lihat dengan teliti, kebanyakkan gerai-gerai disitu jual benda yang sama? Contohnya 6 dari 10 gerai pasti akan jual nasi campur ikan patin.

Sebagai pelanggan, anda pasti fikir yang mana satu bagus? cincailah… mana-mana pun tak apa ataupun ke gerai yang paling panjang Q. Kita mesti lihat dari perspektif pelanggan kerana dari pandangan mereka, semuanya sama sahaja jadi nothing is special.

Kalau anda adalah seorang pemilik gerai di situ, apa yang anda perlu buat? Buatlah konsep makanan yang lain dari gerai gerai nasi campur itu! Contohnya makanan western ataupun Cina/Thai. Asalkan makanan yang anda jual boleh di terima pelanggan di situ, pasti gerai anda akan menonjol kerana lain dari semua.


2. Menu yang unik dan sedap

Makanan yang anda jual perlu ada keunikan kerana ia akan jadi bahan perbualan orang ramai. Kalau sedap dan unik, pasti orang akan bercakap tentang restoran anda dan ini pasti akan membawa impak positif.

Contohnya, Restoran Omaya di Solaris Mont Kiara ini terkenal dengan makanan Korea bertemakan keju. Ada banyak restoran korea yang kita boleh kunjungi tetapi restoran Omaya ni berbeza kerana menghidangkan keju sebagai salah satu sos yang anda boleh nikmati bersama makan kegemeran anda. Pasti mereka tahu yang keju ini adalah kegemaran ramai orang di Malaysia.

3. Aktif di media sosial

Restoran saya cantik, makan unik dan sedap tetapi pelanggan masih sikit. Apa lagi yang saya tak buat? Ini adalah masalah zaman sekarang di mana kita semua mempunyai terlalu banyak pilihan. Pelanggan zaman sekarang kebanyakkan membuat pilihan dan keputusan dari apa yang mereka lihat di media sosial.

Sesiapa yang aktif mempromosikan restoran dan makan mereka di sosial media pada lazimnya akan mendapat lebih pelanggan. Contohnya restoran burger myBurgerLab sudah beroperasi sejak tahun 2012 tetapi Q tiap-tiap malam masih panjang. Anda boleh lihat bagaimana mereka menggunakan media sosial sebagai sebuah platform untuk mengiklankan restoran dan promosi terkini mereka


4. Perlu ada inovasi mengikut trend terkini

Pelanggan zaman sekarang juga cepat bosan dengan apa yang mereka nikmati, terutamanya makanan atau minuman ‘fad’ (popular sementara). Siapa masih ingat zaman popular bubble tea dan juga pisang goreng cheese? Adakah sekarang ramai orang masih tergila-gilakan makanan dan minuman itu?

Sebagai pemilik restoran atau cafe, di samping menu asas, anda perlulah mempromosikan hidangan baru yang unik mengikut trend yang terkini. Salah sebuah cafe yang cekap berinovasi adalah Starbucks. Setiap bulan pasti mereka akan promosikan minuman baru unik yang bukan dalam menu asas mereka. Ini akan membuat pelanggan mereka curiga dan ingin mencuba minuman baru itu dan secara tidak langsung menjaminkan pelanggan ke cafe mereka.


5. Mengukuhkan standard dan konsistensi

Jadi sekarang anda dah buat semua yang tepat dan restoran anda kini selalu penuh dengan pelanggan. Tetapi, tiap-tiap bulan anda sedar pelanggan makin berkurangan. Kenapa pula? Punca utama fenomena ini terjadi adalah kebanyakkan restoran atau cafe tidak dapat mengekalkan standard dan kualiti yang konsisten.

Imej restoran kita ibarat kepercayaan, sekali hilang, hilang selamanya. Peluang kedua pun jarang diberikan. Pelanggan tidak suka restoran yang tidak konsisten. Kali pertama makan sedap, kali kedua tak cukup masin atau saiznya kecil. Ini semua adalah tanda-tanda restoran yang tidak konsisten.

Yang penting sebagai pemilik restoran adalah perlu mengukuhkan sistem operasi anda supaya makanan dan servis diberikan adalah sama tiap kali pelanggan datang.

Ini adalah sedikit sebanyak tips yang anda boleh praktikan untuk restoran anda. Semoga dapat memberikan inspirasi, ramai pelanggan dan menjadi terkenal

Anda berimpian untuk memulakan bisnes cafe atau restoran tetapi tak pasti bagaimana mahu mula?

Anda pemilik restoran atau cafe dan ingin meningkatkan prestasi bisnes anda?

Hubungi Flavera sekarang untuk sesi perkongsian 1 on 1!

Sumber: Flavera.com