7 Cara Memutihkan Kulit Yang Berkesan Dan Murah

Tidak perlu ubat tambahan untuk kelihatan cantik lebih-lebih lagi kalau anda mahu kulit wajah yang putih dan halus. Ada banyak cara yang boleh anda gunakan terutama bahan semula jadi. Paling utama anda perlu rajin mempratikkannya. Selamat mencuba!

honey

1. Madu

Madu sebenarnya bertindak sebagai agen pemutih dan pelembap kulit. Selain itu ia juga sebagai antibakteria. Caranya mudah sahaja. Anda Cuma menyapu madu tersebut di wajah anda. Biarkan selama lima minit kemudian cuci dengan air suam.

papaya

2. Betik

Sepotong betik juga boleh membuatkan wajah anda menjadi cerah. Gosokkan betik pada wajah anda selamat 2 hingga 3 minit. Kemudian seperti biasa cuci wajah anda.

lemon-juice

3. Lemon

Anda hiris beberapa keping lemon. Kemudian sapu hirisan lemon itu pada wajah anda selama lima minit. Kemudian bilas.

cucumbers

4. Timun

Timun bukan sahaja boleh menyegarkan mata, tetapi anda juga boleh gunakan hirisan timun itu dan letak di wajah anda. Biarkan beberapa minit. Bukan boleh mencerahkan wajah tetapi juga menyihatkan kulit wajah.

kunyit-itbi- ikatan terapis bekam indonesia

5. Kunyit

Tahukah anda kunyit sebenarnya antiseptik dan antibakteria yang baik? Disebabkan itu masker kunyit baik untuk mencerahkan wajah. Caranya, campurkan susu dengan kunyit terlebih dahulu, kemudian sapu pada wajah dan bilas setelah 10 minit. Untuk memudahkan, anda boleh cari masker dari kunyit di pasaran.

aloe-vera-gel-on-wooden-spoon-1

6. Aloe Vera

Jika anda memiliki warna kulit tak sekata, gel aloe vera boleh menjadi cara yang baik untuk memberi tona yang lebih sekata.

limau_nipis

7. Limau

Vitamin C yang terdapat dalam limau amat penting untuk menjaga kesihatan kulit. Anda hanya perlu setengah cawan air limau dan setengah sudu teh kunyit. Sapu diseluruh wajah. Biarkan kering kemudian baru bilas.