7 Punca Jerawat Yang Anda Perlu Tahu

Siapa yang tidak risau apabila jerawat timbul bak cendawan yang tumbuh selepas hujan di wajah dan tubuh? Mimpi ngeri bagi setiap wanita apatah lagi jika jerawat tidak menunjukkan tanda akan susut.

Pelbagai persoalan mula timbul di fikiran. Mungkin pencuci muka yang kamu gunakan tidak sesuai ataupun perubahan hormon badan. Mungkin juga kerana terlalu stress? Kami dedahkan punca yang mungkin mengundang jerawat di tubuh kamu. Mungkin ia petunjuk yang kamu perlu lakukan diet detoks?

1. Dahi

Jerawat di bahagian dahi menunjukkan kemungkinan kamu mengalami masalah sistem penghadaman. Jadi tipnya, kamu perlu pastikan minum air masak dengan cukup setiap hari! Air masak membantu tubuh menyingkirkan toksin badan. Elakkan minuman bergula dan berkafein seperti kopi dan minuman berkarbonat. Minum sekurangnya lapan gelas air masak setiap hari terutamanya selepas bangun dari tidur.

2. Zon-T

Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketahui kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.

3. Sekeliling mata

Jarang sebenarnya berlaku apabila jerawat tumbuh di bahagian lembut ini. Tetapi sekiranya kamu mengalaminya, ia menunjukkan ketidakseimbangan sistem buah pinggang dan kekeringan dalam badan. Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.

4. Pipi

Kamu mungkin patut menukar alas bantal dan katil dengan kerap! Jerawat di pipi menunjukkan kamu telah menghirup udara yang kotor. Berhenti merokok, makan banyak serat seperti sayuran dan buahan. Selain itu pastikan kamu menjawab telefon tanpa melekapkannya di pipi. Bakteria banyak di telefon bimbit kamu.

5. Hidung

Jerawat di hidung selalunya menimbulkan rasa sakit dan pedih. Jantung juga bersambung dengan deria hidung dan ini menandakan kamu mengalami tekanan darah tinggi. Kurangkan makanan yang terlalu masin dan minuman isotonik.

6. Telinga

Deria ini bersambung terus dengan organ buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan kamu kurang minum air masak. Kurangkan pengambilan garam dan kafein.

7. Dagu

Wanita kerap mengalami jerawat di dagu. Penat juga bila kamu cuba menutupnya dengan bedak asas yang tebal. Jerawat di dagu menunjukkan kamu mungkin mempunyai masalah di bahagian usus kecil . Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan produk tenusu seperti susu dan keju.

Sumber: Cosmopolitan