7 Tanda Kedai Makan Kena Sihir

Pernahkah anda pergi ke suatu tempat yang banyak restoran tetapi anda sedar hanya satu atau dua saja restoran yang sibuk? Mengapa restoran lain di tempat itu tidak hebat juga? Ada yang berpendapat mungkin makanan, harga atau layanan mereka kurang memuaskan tetapi ada juga segelintir yang beranggapan yang restoran itu kena sihir.

Mari kita baca apa tandanya kedai makan itu kena sihir.

1. Nampak kedai tutup

Pelanggan mengadu tidak nampak kedai makannya dibuka. Apabila diajukan kepada tuan punya kedai mengapa kedainya ditutup, tuan punya kedai kehairanan kerana kedainya pada waktu yang dinyatakan itu sentiasa dibuka. Ada kalanya pelanggan nampak kedai tetapi kerusi diletakkan di atas meja. Malah ada juga yang nampak tiada kerusi dan meja di dalam kedai makan tersebut.

2. Pelanggan tiada keinginan untuk masuk ke dalam kedai

Pelanggan seolah-olah tiada keinginan untuk masuk ke dalam kedai. Walaupun ada pelanggan yang berhenti di depan kedai tetapi berpatah semula ke arah lain. Ada juga pelanggan yang sudah turun daripada kenderaan tetapi masuk semula ke dalam kenderaan dan berlalu pergi. Sayu hati tuan kedai makan melihat situasi ini.

3. Sering sakit

Pengusaha kedai makan sering sakit dan menyampah untuk datang ke kedai. Badan terasa panas dan rimas apabila berada di dalam kedai sebaliknya rasa selesa apabila keluar dari kedai. Ada juga badan terasa gata-gatal hingga menyukarkan pekerjaan.

4. Sering bergaduh

Pengusaha kedai makan dalam keadaan mood tertekan dan sering marah-marah atas sebab-sebab yang kecil. Selain itu pekerja juga selalu bergaduh sesama mereka. Akibatnya ada pekerja yang berhenti dan mencari kerja di kedai lain.

5. Juadah cepat basi

Ada juga kes yang pelik iaitu makanan yang disediakan seperti nasi yang di masak cepat basi. Walhal, makanan tersebut baru beberapa jam dimasak dan terpaksa dibuang. Ini akan merugikan tuan punya kedai makan.

6. Nampak kelibat menakutkan

Kemuncak gangguan ini ialah pengusaha kedai makan atau pekerjanya sering terlihat kelibat makhluk yang menakutkan. Akibatnya ada pekerja yang takut untuk berada lama di dalam kedai.

7. Sering mengantuk.

Apa bila memasuki kedai maka pengusaha kedai akan jadi mengantuk dan akan malas sangat bekerja, baik kedai makan atau pon lain lain kedai.

Jika berlaku keadaan seperti ini maka hubungilah perawat atau orang orang yang berkebolehan dalam hal ini.

Sumber: Pusat Rawatan Darul Ikhlas