7 Tips Mengurus Wang Supaya Anda Tak Pokai Pada Hujung Bulan

Bukan senang nak menyimpan, tapi anda memang perlu uruskan kewangan dengan bijak.
Takkan la tiap kali hujung bulan duit habis macam tu je. Tak ada simpanan atau pun tujuan selepas anda berpenat lelah bekerja.

Untuk masa depan, 7 cara yang anda boleh lakukan agar wang anda diuruskan dengan bijak dan sistematik.

1. Tetapkan matlamat

download
Apa yang anda inginkan pada masa 20 atau 30 atau datang? Tetapkan apa yang anda inginkan. Apabila anda mempunyai pandangan jauh, anda telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya.

2. Ada sumber pendapatan yang mencukupi

MoneyMagnet_sm
Sama ada makan gaji atau bekerja sendiri, jika anda tak ada pendapatan mencukupi, anda takkan dapat menyimpan serta mengumpul aset. Apakah mempunyai hanya satu sumber pendapatan sudah mencukupi?

3. Simpan sebelum berbelanja

635923674995956498105581660_Coin-Money-Saving-Jar-Wallpaper
Selepas menyimpan barulah selebihnya anda belanjakan. Tangguhkan kepuasan terlebih dahulu. Sekiranya anda belanjakan kesemua gaji terlebih dulu dan jika ada lebih baru mahu simpan, memang anda akan hadapi masalah kewangan yang kronik.

Gaji – simpanan = Belanja. Mudah!

4. Berbelanja dengan bijak

Money-in-Wallet
Kenal pasti keutamaan perbelanjaan. Dahulukan apa yang penting dahulu baru lah berbelanja ikut nafsu. Buat catatan aliran perbelanjaan agar anda tahu kemana wang anda pergi.

5. Membayar zakat…(dan cukai!)

ZAKAT
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1 dan cukai sama ada suka atau tidak, harus kamu bayar. Jangan lupa atau buat-buat lupa untuk membayar cukai kerana kamu pasti tidak mahu ‘dikejar’ kesusahan di masa depan.

6. Membuat pelaburan yang bijak

Simpanan yang anda simpan bagus untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan adalah untuk kegunaan tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan anda.

7. Bahagikan harta

sharing_640x320

Setelah berjaya mengumpul harta, jangan lupa sediakan exit strategy ini. Pembahagian harta sangat penting. Jangan sampai harta kamu beku sebab kelalaian dalam urusan ini

Sumber: Cosmopoliton