8 Fakta Mengenai Kentut Yang Pasti Membuat Anda Hebat

Selama ini Anda selalu diberitahu bahawa kentut di depan orang ramai tidak baik. Kentut sembarangan tempat merupakan pertanda ketidaksopanan. Tetapi setiap orang pasti pernah kentut. Dari orang biasa hingga perdana menteri sekalipun. Hanya sebab bagi banyak budaya kentut masih dianggap tabu. Tidak baik dibicarakan di hadapan orang.

Namun tahukah anda fakta-fakta tentang kentut berikut ini? Beberapa darinya mungkin membuat anda tercengang.

1. Setiap orang kentut 14 kali per hari

Rata-rata kentut yang dihasilkan seseorang setiap hari adalah setengah liter. Jumlah tersebut sama banyak bagi perempuan mahupun leaki. Kebanyakan perempuan tidak mengakui kalau mereka sering kentut. Jika seseorang kentut terus menerus selama 6 tahun 9 bulan, jumlah energi dari gas yang dihasilkan setara dengan bom atom.

2. Kelajuan kentut adalah 3.048 meter/detik

Walaupun kentut sangatlah laju, namun anda hanya boleh bau kentut itu 10-15 detik selepas dikeluarkan. Hal ini kerana kentut memerlukan waktu yang cukup lama bagi bau tersebut untuk mencapai hidung.

3. Menahan kentut terlalu lama tidak baik untuk kesihatan

Masih menjadi perbualan tentang fakta ini, tetapi kebanyakan ahli siantis menyatakan menahan kentut dapat membuat perut kembung, buasir, dan perasaan tidak senang.

4. Untuk sesetengah budaya, kentut bukanlah suatu yang memalukan

Di beberapa tempat, anda akan dianggap tidak sopan jika anda kentut di tempat awam. Uniknya, bagi beberapa budaya lain kentut sangat dinikmati. Bagi suku kaum India di Amerika Selatan, kentut merupakan ucapan salam. Di Cina, anda boleh mendapatkan pekerjaan sebagai seorang pengentut profesional.

5. Kentut sebenarnya mudah terbakar

Bakteria dalam pencernaan makanan akan menghasilkan kentut yang mengandungi gas methane dan hidrogen. Dua gas inilah yang menjadikan kentut mudah terbakar. Itu sebabnya di negara-negara Eropah banyak orang suka bermain kentut dengan api.

6. Anai-anai menghasilkan kentut paling banyak dari hewan lainnya

Hal ini mungkin sukar untuk dipercayai, tetapi anai anai ternyata menghasilkan kentut paling banyak berbanding haiwan lain. Emisi global methane akibat anai anai dianggarkan antara 2-22 Tg per tahun. Hal ini membuat mereka menjadi penghasil gas methane kedua terbesar dan bertanggung jawab untuk pemanasan global di bumi.

7. Walaupun ditahan, kentut akan keluar semasa anda tidur

Sesetengah orang mungkin suka menahan kentut demi menjaga kesopanan. Namun tahukah anda, kentut tetap akan keluar walaupun anda tahan sepanjang hari. Kentut tersebut akan keluar pada saat tubuh berada pada kondisi rileks yakni semasa anda tidur.

8. Manusia tetap kentut walaupun sudah meninggal dunia

Menurut penelitian, tiga jam setelah tubuh tidak lagi bernyawa, gas tetap akan keluar di semua lubang yang ada pada tubuh. Kentut akan keluar dan juga akan sendawa juga! Fenomena ini disebabkan otot-otot yang berkontraksi dan berkembang sebelum rigor mortis terjadi.

Sumber: iburendang