Adakah Puasa Anda Sah Jika Terlupa Mandi Wajib?

Berpuasa tetapi belum mandi wajib hukumnya adalah sah dan tidak batal. Jadi, bagi siapa saja diantara kita atau ada rakan yang bertanya adakah sah puasa tetapi belum mandi wajib, maka jawapan adalah sah puasanya.

Ada pun dalil yang menyatakan bahawa sah puasa jika tidak mandi wajib adalah hadis dari Aisyah r.a., dia berkata bahawa, “Nabi SAW memasuki waktu subuh sementara Baginda sedang junub selepas berhubungan dengan isterinya. Kemudian beliau mandi dan berpuasa.” (HR. Bukhari 1962 dan Turmudzi 779).

Dalil kedua adalah seperti yang diceritakan oleh Ummu Salamah r.a., dia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri pernah masuk subuh dalam keadaan ia berjunub hasil ‘bersama dengan isterinya’ dan bukan mimpi, kemudian baginda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasa sah).” (Riwayat Muslim 2/780).

Walau bagaimanapun, semua penyebab yang mewajibkan mandi junub baik hubungan suami isteri, onani atau masturbasi dan sebagainya, terjadi pada malam hari, bukannya pada waktu siang.

Ini kerana, jika ianya terjadi pada waktu siang (selepas subuh) maka puasanya batal.

Perkara ini berbeza dengan mimpi basah pada waktu siang, tidak batal puasanya kerana kejadian tersebut adalah diluar kehendaknya.

Jadi, berdasarkan dalil yang disampaikan oleh Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. diatas, dapatlah diambil kesimpulan bahawa sah puasa jika belum mandi wajib dan sah puasa dalam keadaan junub.

mandi-wajib

Cham Out!

Sumber: Hukum-puasa