‘Aku Harap Boss Aku Tak Sampah-Sampahkan Graduan Baru’

Jangan Sampah-sampahkan Graduan

Lepas je aku grad dari university, then tak sampai 2 minggu aku dapat kerja di sebuah syarikat. Untung tak untung kan, kira tak menanggur la aku ni. Jarak office dengan uma aku sangatlah jauh, my parent memang tak bagi aku tinggal di rumah sewa diorang sanggup bagi aku ulang alik asalkan aku ada depan mata diorang.

Kalau ikotkan kos ulang – alik tak berbaloi langsung, seolah – olah duit gaji aku tak dapat cover tambang aku. Tapi takpelah, aku bukan nak cerita pasal kos tambang pon. Aku nak cerita pasal office aku.
Ok, hari first kerja, serious aku nerd gile, yelah jujur aku cakap aku memang tiada pengalaman kerja, then rezeki habis grad terus dapat kerja. Kawan – kawan aku yang lain masih lagi menganggur.

Di sebabkan aku yang nerd dalam office, semua orang buli aku, haha hari pertama kerani dah mintak aku jadi receptionist dah, marah jugak dalam hati, tapi pujuk hati, “kau masih probation” walaupun jawatan aku lagi tinggi dari kerani tu, tapi nak buat macamna aku nerd sangat sampai kene buli dengan kerani.

Bila dah masuk 2 bulan aku kerja, hilanglah sikit nerd aku, but aku bengkek dengan boss aku, dia bagi task kat aku langsung tak relevan dengan jawatan aku, memang lah nak cakap graduan perlu multitasker. Boss aku ni punyelah cerewet memang langsung tak percaya dengan staff, setiap gerak geri kiteorg dalam office kiteorang di rakam, sampaikan kalau pengang je phone, dia akan terus whatsapp walaupun dia tiada di office dia akan tengok staff dia kat CC TV.
Bagi aku biasa je, tapi kalau melampau sangat staff nak balas whatsapp dengan client pun takkan tak boleh? Hari demi hari aku makin pelik dengan boss aku ni, yang overnya adalah isteri boss aku, dia selalu tunjukkan kekayaan dia kt staff – staff dalam office. Aku buat tak layan je, sebab aku rasa aku pun mampu. Hahaha

Owh lupe nak cakap, dalam office kiteorang ada kaki kipas boss, dia ni anak kesayangan boss aku, apa – apa yang happen kat office dia lah yang akan report kat boss. Aku paling menyampah bila ada client datang, si kaki kipas ni suruh aku attend and tak terangkan apa – apa pun pasal client ni.

Bila aku tersilap terangkan kat client confirm dia akan mengadu kat boss!

Aku hangin lah, melampau kalau si kaki kipas ni senior pun jangan buli aku yang nerd ni macam ni. Haha aku diamkan je, aku tahan lagi dengan peragai si kaki kipas ni temasuk lah boss aku ni. Ada ke dia mintak aku cuci tandas setiap hari, kemaskan office, menyapu buang sampah dan macam – macam.

Lama aku diam, satu hari aku memang tak tahan sangat dengan company nak korup tu, pagi tu aku kene handle case kat court, but isteri boss aku dah pesan kene kenalkan diri depan hakim sebagai rekod di court. Haritu aku saja nak dajalkan boss aku, lantaklah sebabb aku memang tak tahan nak blah dari company tu. Aku pon dengan tenangnya tengok je perbicaraan tu tanpa kenalkan diri di depan hakim.

Habis je case, aku terus balik office, time tu ko tahu ape jadi ?? habis aku kene sembur dengan isteri boss aku ni, “ you tahu my husband tu bukan calang – calang lawyer taw, blaaa blaaa.. “ aku pun malas nak layan dengar je dia membebel sampai habis.
Lepastu aku hantar surat resign 24 jam kat boss aku. Actually yang over kt sini is isteri boss aku, boss aku yang sebenar tu biasa je. Tapi di sebabkan aku tak tahan sangat dengan sikap isteri boss aku tu aku terus ambil keputusan untuk berhenti.

Pengajaran walau sapa pun kita tolong hormat sensitiviti orang lain. kalau tak nak ajar sekali pun, bagi guide line biar faham. aku tak marahkan boss aku, aku yakin dunia ni macam roda. tapi aku harap boss aku tak sampah – sampah kan graduan yang akan kerja di company dia.

Alhamdulillah lepas je resign aku dapat better offer kerja. Dan boss aku sekarang ni sangatlah baik hati dan sentiasa positif. alhamdulillah

– Fayadh

Sumber: IIUM FB