Haters Gonna Hate! Salahkah Aku, Seorang Sarjana Muda Memilih Menjadi Seorang Suri Rumah?

Saat ini, masih banyak orang beranggapan bahawa suri rumah adalah pekerjaan yang mudah dan remeh. Jadi tak perlu pendidikan tinggi atau pencapaian tertentu untuk mengurusi rumah tangga, anak dan suami.

Pasti anda, seorang sarjana muda dengan kelulusan pendidikan tinggi, rasa bingung dan tertanya setelah memutuskan untuk menjadi suri rumah. Mungkin kamu bertanya-tanya “Salahkah aku menjadi suri rumah walaupun aku berpendidikan tinggi?”.

Mencapai pendidikan tinggi merupakan cita-cita bagi banyak orang, anda yang berjaya melakukannya haruslah bersyukur kerana banyak yang tidak senasib seperti anda.

Selepas tamat pengajian tinggi, anda sebgai seorang sarjana muda, mungkin masih berfikir untuk memulakan kerier dan bekerja. Anda ingin mengamalkan semua ilmu yang telah anda dapatkan ketika di bangku kuliah. Anda ingin mencuba mempraktikan apa yang anda pelajari dan merasai pengalaman hidup yang sebenar.

Tetapi semuanya berubah apabila si dia datang pada anda, dia yang telah mencuri hati anda ingin hidup bersama dengan anda.

Kedatangannya dalam hidup anda membuat anda bahagia, dia adalah orang yang akan melengkapi hidup anda. Bersama dengannya anda mengikat janji setia, hidup bersama di kala suka mahupun duka. Anda dan dia kemudian menjalin ikatan yang lebih kuat melalui pernikahan, langkah awal bagi mimpi anda dalam membina bahtera rumah tangga.

Ketika buah hati yang ditunggu akhirnya datang, anda pasti akan berdepan dengan pilihan untuk menjadi suri rumah.

Ketika baru menikah, beban sebagai ibu belum ada. Anda hanya seorang isteri bagi seorang suami. Semua berbeza ketika buah hati mulai dalam kandungan, anda mulai berfikir tentang masa depan anak yang sedang kamu kandungi. Adakah lebih baik baginya jika aku terus bekerja? Ataukah aku harus meninggalkan pekerjaan demi mengasuhnya?

Hidup kita selalu memberikan banyak tawaran. Dan menjadi suri rumah adalah pilihan anda.

Akhirnya anda membuat pilihan untuk menjadi suri rumah. Meninggalkan semua impian karier yang pernah anda ceburi. Anda tahu perananmu dalam sebuah rumah tangga. Dan anda tak keberatan untuk melakukannya.

Ada alasan logik di sebalik pilihan anda. Kamu inginkan anak dan suami anda di jaga dengan lebih baik.

Menjadi suri rumah membolehkan anda mengasuh anak secara terus. Anda juga akan menjadi seorang guru terbaik bagi anak. Anda juga dapat saksikan saat saat indah anak anda membesar, saat pertama kali dia boleh berjalan dan menyebut nama anda.

“Seorang sarjana, memutuskan menjadi suri rumah?” Anda pasti merasa resah dengan suara sumbang itu.

“Sekolah tinggi-tinggi sampai sarjana cuma jadi suri rumah? Sayang sekali”

“Kalau cuma mahu jadi suri rumah tak payahlah sekolah sampai universiti”

Mungkin itu yang anda akan sering kedengaran ketika memutuskan untuk berkarier di rumah. Suara sumbang itu pernah mengusik anda, namun anda tetap teguh dengan keputusan. “Haters gonna hate”. Setiap keputusan dalam hidup anda pasti akan ada orang yang memberi tanggapan negatif.

Saat melihat kehidupan teman-teman anda yang tetap menjadi wanita karier, anda pun kadang-kadang merasa iri hati atau bimbang.

Kamu mungkin akan melihat kehidupan teman anda yang memilih jalan yang berbeza dari anda. Terasa pula nak ikut seperti mereka. Bebas bermain dan boleh pergi kemana saja tanpa punya tanggungan di rumah. Mereka masih boleh mengejar karier setinggi yang mereka inginkan.

Rasa bimbang di hati sirna ketika kamu melihat anakmu tumbuh sehat dan dekat denganmu.

Semua kebimbangan hilang ketika anak anda membesar menjadi anak yang pintar dan punyai karakter baik. Dia menjadi anak yang baik dan penuh kasih sayang. Semua adalah berkat limpahan waktu dan kasih sayang daripada anda. Kamu sedar bahawa dialah, si buah hati, sumber kebahagaiaanmu, bukan karier setinggi langit.

Keputusan ini juga membuat anda punyai banyak waktu bersama pasangan. Dia pun semakin sayang pada anda..

Selain pada si buah hati, keputusan anda juga memberi impak positif bagi suami. Ingat, di belakang seorang lelaki berjaya selalunya ada wanita. Anda mempunyai banyak waktu untuk menguruskan semua keperluannya, menjadi teman diskusi, bahkan tetap menjadi partner romantis di rumah. Perkara yang anda tak boleh lakukan kalau anda pulang kerja kepenatan.

Menjadi suri rumah adalah pekerjaan yang mulia. Anda menjadi seorang yang pentiang dalam mencerdaskan generasi penerus bangsa.

Ibu adalah teras keluarga yang akan menentukan arah perkembangan penerus keluarga. Kualiti seorang ibu akan menentukan kualiti anak yang dididiknya. Dengan menjadi suri rumah, anda telah mengabdikan diri anda bagi masa depan anak kelak, agar dia menjadi seorang yang cerdas dan bermoral baik hingga dia boleh menjadi seorang yang bermanfaat bagi negara dan bangsa.

Sumber: IDNtimes.com