Ini Adalah Plot Tanah Persendirian Paling Kecil Di Bandar New York

Di sebelah selatan barat jalan Christopher dan Seventh Avenue terdapat sebuah mosaic yang aneh di hadapan pintu masuk kedai Village Cigars. Mosaic yang berbentuk segi tiga yang di tampal atas kaki lima itu bertulis “Hakmilik Hess Estate yang tidak pernah di beri untuk Kegunaan Awam”.

hess-triangle-map2

Mosaic berukuran 500 inci persegi dulunya adalah sebahagian daripada hartanah yang dimiliki oleh seorang individu bernama David Hess. Dia memiliki sebuah bangunan lima tingkat yang dikenali sebagai Apartment Voorthis. Tetapi pada tahun 1910, bandar New York memutuskan untuk membina sebuah trek subway dan pembesaran jalan yang bermaksud bangunan itu harus di robohkan.

hess-triangle-15

15852189776_dc0787849a_c

Selepas bangunannya di roboh, David Hess mendapati dia masih memiliki sebidang kecil tanah berbentuk segi tiga, berukuran 65 cm dan 70 cm pada kedua-dua sisi kerana kesilapan ukur oleh pejabat tanah. Apabila mereka sedar akan kesilapan mereka menghantar notis kepada Hess untuk menyerahkan tanah itu, tetapi dia tidak endahkan perintah itu. Dalam usaha untuk membuat niatnya jelas, pada tahun 1922, dia memasangkan jubin kepada tanah itu yang mengandungi perkataan yang anda lihat hari ini.

Pada tahun 1938 tanah itu telah dijual kepada kedai Village Cigars dengan harga $ 1,000. Ia masih dilaporkan plot tanah yang paling kecil di New York City.