Kenapa Lelaki Jepun Sanggup Menghabiskan RM 120,000 Satu Malam Di Bar

Ini adalah kisah seorang gadis yang menceburi kerjaya sebagai pelayan bar di bar pelayan wanita Jepun atau lebih dikenali sebagai Hostess Bar. Bar-bar seperti ini memberikan khidmat pelayan wanita yang berumur dalam awal 20an untuk beramah mesra dan minum bersama pelanggan-pelanggan lelaki. Pada masa yang sama, mereka ditugaskan mencuba memepengaruhi pelanggan untuk membeli lebih banyak minuman arak untuk meninggikan sales bar itu.

yakuza-zero-girls

Anna telah berjaya bekerja untuk sebuah bar pelayan wanita bertaraf tinggi. Biasanya orang yang pergi ke bar pelayan wanita yang biasa cuma akan menghabiskan beberapa ratus dollar satu malam, tetapi di bar bertaraf tinggi, bukan luar biasa untuk melihat pelanggan-pelanggan lelaki menghabiskan $30,000 (RM 120,000) satu malam.

“Lelaki-lelaki ini semua adalah billionair”

Pelayan wanita diarahkan supaya tidak mendesak pelanggan untuk memesan minuman di sebabkan mereka terlalu kayu.

japanese-hostess57412643109892053_01

“Pelayan top memang senang memperolehi gaji hingga $100,000 (RM 400,000) sebulan”

Gaji minimum adalah kira-kira $2,000 (RM8,000), tetapi di sebabkan pelanggan menghabiskan begitu banyak wang yang membolehkan pelayan wanita memperoleh komisen yang tinggi.

Walaupun gaji yang sangat lumayan, gadis-gadis yang bekerja di bar pelayan wanita ini seolah-olah tidak menawarkan perkhidmatan yang spesial cuma perkhidmatan yang biasa di lihat di restoran dan hotel. Ini disebabkan bar pelayan wanita ini adalah berlesen dan tidak menjalankan aktiviti yang salah dari segi undang-undang. Tidak ada perkhidmatan seksual yang terlibat.

Biasanya, bar memberikan peluang kepada pelanggan lelaki untuk memilih pelayan bar yang mereka suka untuk keluar berdating sebelum atau selepas waktu bekerja pelaya bar itu, tetapi menurut Anna, tempat beliau tidak menawarkan perkhidmatan itu juga. Malah, kebanyakkan pelanggan lebih suka bersosial sesama sendiri dari bercakap dengan pelayan bar wanita

“Jadi gadis-gadis di sini lebih seperti pelayan biasa sahaja”

“Kalau tidak ada perkhidmatan yang special, mengapa pulak pelanggan lelaki di sini sanggup membayar puluhan ribu dolar?”

Anna menjadi bingung dan dia bertanya kepada pimilik bar di mana dia berkerja dan jawapannya adalah sangat menarik.

dresses

“Lelaki-lelaki ini tidak datang untuk bercakap dengan pelayan bar wanita saya.  Tetapi mereka datang untuk berjumpa saya” kata pemilik bar itu

Mereka datang untuk berjumpa dengan seorang wanita dalam lingkungan 40an dan bukannya seorang gadis yang masih muda? Mengapa?

“Kerana mereka adalah kawan-kawan saya” kata pemilik

Jadi itulah strategi perniagaanya. Gadis-gadis di bar hanya;ah sebagai pelayan dan tidaklah penting sangat kepada pelanggan lelaki. Yang lebih penting adalah hubungan antara pemilik dan pelanggan. Masyarakat Jepun sangat mengambil berat tentang hubungan. Selalunya, orang-orang Jepun akan memilih untuk melakukan perniagaan dengan seseorang yang mereka sudah kenal dengan baik dan bukannya seseorang yang mempunyai rekod prestasi yang baik. Pemilik bar ini tahu bagaimana untuk menjalankan perniagaan di Jepun.

hostess-2

Pelanggan-pelanggan lelaki ini semua adalah billionair jadi wang bukanlah masalah kepada mereka.

Malah, pelanggannya kebanyakannya berstatus tinggi dan terkenal. Contohnya adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif  di sebuah syarikat Jepun yang terkenal di antarabangsa, seorang eksekutif syarikat global dari Amerika yang sangat terkenal, dan beberapa selebriti. Mereka mempunyai wang yang terlampau banyak.

the-grim-truth-about-life-as-a-japanese-hostess

Menarik bukan kehidupan seorang pelayan bar di Jepun yang dilimpahi wang dari pelanggan-pelanggan lelaki nya

Cham Out!