Look Bro… Bapak Aku Pun Kawen Dua! Ada Aku Kisah?

Look Bro,

Aku tak kuasa nak berbasa basi dengan kau pasal poligami ni. Ayah aku yang kahwin dua pun siap nasihatkan anak-anak agar lebih baik jangan berkahwin dua macam dia. So, u know what that means?

Kamu tahu tidak, Rasulullah pernah membantah keinginan Saidina Ali untuk berpoligami? Aku copy untuk kau supaya membacanya….

Baginda amat marah mendengar ura-ura Sayidina Ali hendak berpoligami lalu masuk ke masjid dan menaiki mimbar sambil berseru: “Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka (Hendon anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Talib. Ketahuilah aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan kecuali Ali bin Abi Talib menceraikan puteriku terlebih dahulu. Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku.”

Ya, Rasulullah tidak pernah membantah tentang poligami. Tidak sama sekali. Apa yang Rasulullah lakukan ini (membantah perkahwinan Saidina Ali) adalah sebagai bapa kepada Saiditina Fatimah. Kau fikir, mana-mana ayah isteri pertama sanggup or setuju dan suka ke bila anak perempuannya dimadukan? Kalau anak perempuan kau juga dimadukan, sure perasaan yang sama sebagaimana yang Rasulullah rasa. Tak payah nak acah-acah munafik yang kau boleh restu anak kau boleh dimadukan… Puiiii.

Sebab apa Rasulullah bantah?
Sebab tidak ada lelaki didunia ni MAMPU berlaku adil tentang kasih sayang dan perhatian. Kalau kau dengan yakinnya mengaku kau ni adil, bermakna kau lebih maksum dari Nabi Muhammad. Baginda sendiri walaupun punya isteri melebihi banyak angkanya sentiasa merasa sedih kerana tak mampu bersikap adil untuk memberi perhatian keatas isteri-isterinya. Bagaimana tu?

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri-istri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkontang-kanting. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ~[An-Nisa: 129]

Aku tidak pernah membantah poligami. Aku bantah sikap diskriminasi lelaki terhadap perempuan bermadu. Pengabaian. Penderaan emosi. Ketidakstabilan ekonomi dan perhatian. Respect perempuan macam kau respek dan sayang mak kau. Mereka bukan bahan untuk dijajah dan tawan jasadnya. Itu zalim namanya.

Ada aku kisah kau kahwin dua?
Takde! Bapak aku pun kawen dua!!!
Tak payah nak berlagak dan cakap pumpang-pumpang dengan aku. Kecik besau kecik besau jer aku pandang kau, tau tak???

large-poligami

Kaki kangggggg

*Terbaca gossip artis yang terkantoi dating dengan Dato’ muda berbini dua. Dato’ tu bagi statement taktau malu kononnya tangan dia memang terotometik gatai nak pegang tangan dan pinggang itu artis. Jantan jenis apa kau ni, bodoh???!

____________________
“Keinginan memiliki dua, atau tiga dan selebihnya bukanlah sifat cinta. Itu nafsu.” ~Hirne Saris

Tuhan cuma SATU.
Bercinta juga harus SATU.

Sumber: Makcik Bulan