Nak Kekal Cantik Macam Anak Dara? Cuba 5 Tips Ini

Sebelum kahwin, badan langsing macam kerengga. Tapi lepas ada anak, semuanya menggeleber dan berat badan naik.

Bukan senang nak jaga badan lepas dah bersalin. Yelah, sebelum kahwin ada masa untuk diri sendiri. Dah kahwin ada anak, sibuk jaga suami dan anak je.

Sebenarnya ada cara mudah dan rahsia untuk kekal cantik macam anak dara walaupun dah ada anak.

Cara menggaet cewek cantik

1. Tidur yang cukup sangat penting

Purata waktu tidur yang dicadangkan untuk orang dewasa ialah 6-7 jam sehari. Tapi ramai wanita hanya dapat masa tidur 5-6 jam sahaja. Ini cara mudah untuk kulit kekal cantik dan awet muda.

Bunga-Citra-Lestari-2
2. Rehat secukupnya walaupun sibuk

Walaupun sibuk sepanjang waktu, curi masa rehat selama 15 minit untuk kembalikan tenaga yang hilang. Memang ajaib. Anda akan rasa lebih aktif dan bertenaga.

1 (3)
3. Senaman

Sibuk mana pun anda, lakukan senaman seperti berjalan, berjoging, berbasikal sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Senaman akan meningkatkan tahap tenaga anda. Tak percaya? Cubalah dulu dan lihat hasilnya nanti.

Ini-Dia-Ayana-Moon-Wanita-Cantik-Berjilbab-Asal-Korea-Selatan-500x320
4. Minum air secukupnya

Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari. Air penting untuk fungsi sel, menyingkirkan toksin dari badan, melancarkan peredaran darah, mengawal suhu badan, dan buat anda bertenaga sepanjang hari.

Dian-Sastro-011
5. Rajin-rajin ketawa, jangan monyok je

Ketawa melegakan tekanan, meringankan otot, meningkatkan “rasa gembira” endorphins, dan mengurangkan hormon tekanan (cortisol). Ketawa membantu kesihatan fizikal, emosional dan mental. Ketawa juga buatkan anda nampak lebih muda.

Sumber: Hanasuva