Pengurus Di Maki Rasis Sebab Menegur Pelanggan Makan Khinzir Di Kedai Halal

Kehidupan di Malaysia dan Singapura memang berbeza tetapi ada persamaan yang di kongsi oleh dua negara ini iaitu populasi yang berbilang kaum dan agama. Memang sudah menjadi kebiasaan di mana kaum kaum di kedua negara ini boleh hidup dengan harmoni kerana sudah faham akan perkara yang sensitif terutama bab agama.

Baru baru ini terjadi kes besar di Singapura di mana sekumpulan pelanggan yang bukan beragama islam membawa makanan dari kedai lain ke dalam food court yang berstatus halal. Makanan yang di bungkus itu ternyata bukan halal kerana mengandungi daging khinzir dan yang lebih mengejutkan adalah mereka menggunakan pinggan mangkuk dan sudu dari food court itu.

Kerana kelakuan yang tidak menghormati status halal food court itu, pengurus tempat itu menegur kumpulan itu supaya menyimpan balik makanan itu supaya tidak menyinggung perasaan pelanggan yang beragama Islam. Tetapi yang dasyatnya pelanggan itu berani mendakwa yang pengurus itu seorang rasis.

Oleh sebab bengang dan marah tentang kejadian itu, seorang netizen telah kongsikan gambar insiden itu di Facebook nya dan kini telah menjadi viral.

Apa pandangan korang semua?

pork-halal

Sumber: Facebook Rosman S Saleh