Rahsia Lidah Buaya Yang Semua Wanita Patut Tahu

Aloe Vera atau lidah buaya adalah tumbuhan berlendir yang banyak manfaatkan terhadap kecantikan dan kesihatan manusia. Ia mudah di tanam di rumah anda dan tidak perlukan penjagaan yang berlebihan.

Di sini kami kongsikan beberapa jenis resepi kecantikan yang ringkas untuk semua.

#1 Sapuan Muka

Menggabungkan 5 bahan semula jadi termasuklah aloe vera, jus lemon serta madu. Lendir aloe vera dan jus lemon kedua-duanya kaya dengan vitamin terbaik untuk kulit selian lemon itu sendiri berkesan sebagai elemen pengelupasan yang akan menyah sel kulit mati manakala aloe vera bertindak untuk menyejukan kulit. Ia juga akan bantu memudarkan tompok hitam (pigmentasi) serta parut jerawat. Yay!

#2 Mask Rambut & Kulit Kepala

Jika kulit kepala anda kering dan gatal, elemen penyejukan yang ada di dalam aloe vera pasti membantu. Ia juga berkesan mengurangkan iritasi pada kulit kepala jika anda merupakan individu yang sering mewarna rambut. Untuk hasil yang sempurna, ambil 1/2 cawan gel aloe vera (lendir) dan campurkannya bersama 1 sudu besar santan.

#3 Serum Memanjangkan Bulu Mata

Tidak hanya baik untuk kulit wajah, aloe vera turut bermanfaat untuk bulu mata. Hanya guna dua bahan: Campurkan aloe vera bersama minyak kastor untuk dijadikan perapi bulu mata. Hasilnya bulu mata akan jadi lebih lebat dan panjang. Yay!

#4 Pembersih Solekan

Cecair pembersih solekan lain mungkin terlalu lembut, sukar menanggal sisa mekap secara rapi sehingga anda perlu menyental kuat pada kulit yang mungkin kemudian menjadikan kulit berkedut dan kendur.

Oleh itu, ramuan pembersih solekan anda sendiri menggunakan aloe vera, minyak pati lemon, minyak jojoba sertawitch hazel (jika ada).

#5 Topeng Mata Lobak Merah & Aloe Vera

Anda sering terlupa bahawa kawasan sekitar mata juga harus dijaga rapi. Lobak merah baik untuk kulit serta kesihatan mata manakala aloe vera bisa membekalkan khasiat optimum untuk bahagian kulit mata yg sememangnya nipis dan sensitif. Campur dan lumatkan kedua-dua bahan untuk dijadikan mask mata.

#6 Semburan Untuk Rambut Kusut

Ketika musim panas terutamanya, rambut mudah rosak, kering, mengerbang dan kusut. Oleh itu, campurkan lendir aloe vera bersama sedikit air ke dalam botol semburan mini dan semburkannya pada bila-bila masa yang diperlukan. Kini rambut anda lebih terurus dan lembap sentiasa.

#7 Krim Pencukur

Mencukur kadang-kala menjadikan kulit kasar, berbintat dan gatal-gatal kerana tindak balas iritasi. Campurkan minyak kelapa, lendir aloe vera dan sedikit minyak pati bunga-bungaan (jika mahu sedikit haruman) dan gunakannya sebagai krim pencukur yang akan melancarkan proses mencukur pada bahagian badan anda. Lelaki pun boleh gunakannya!

Sumber: Wasnita