Ramai yang membuat perkahwinan ibarat sebuah permainan. Tak suka, tak berkenan terus cerai

Baru kawin 50 hari, dah di ceraikan sebab masuk campur ibu mertua yang bertitle ustazah. Inai di jari masih merah. ( topik baru dapat dalam 10 ramadhan terakhir ni).

Saya tak nafikan, saya menjadi tempat rujukan bagi mereka yang tak tahu flow mahkamah syariah, tak tahu mana nak tuju untuk buat aduan, dan jadi tempat meminta pandangan dan khidmat nasihat.

Jika mereka yang bermasalah dalam rumah tangga, saya tak pernah suruh mereka bercerai, sebaiknya adalah cari jalan sampai jumpa bagaimana nak selesaikan dan berbaik dengan pasangan.

Tapi bagi mereka yang telah sah di ceraikan, saya akan bantu dari segi beri info yang saya tahu, berkongsi pengalaman dan nasihat.

Hairan dengan situasi hari ini. Ramai yang membuat perkahwinan ibarat sebuah permainan. Tak suka, tak berkenan terus cerai.

Mudah-mudah nak cerai dengan alasan tak mampu nak tanggung isteri.
Ceraikan sebab tiba-tiba rasa berubah hati
Kawin 6 bulan, cerai sebab tak pernah sentuh isteri langsung walaupun serumah.
Ceraikan sebab isteri tak sesolehah yang di sangka.

Di sebabkan saya ramai berkawan dengan golongan islamik, maka kes yang di temui kebanyakkannya dari golongan islamik, tahu agama dan warak.

Sampai sekarang saya tak boleh berfikir bagaimana orang yang kelihatan beragama, belajar agama, tapi berpelakuan seperti tidak tahu hukum. I cannot brain it!!!

Nak menilai seseorang beragama itu, kini tidak boleh di nilai dari perwatakan luar, kelulusan agama, rajinnya dia ke masjid.

Tapi, manusia beragama itu adalah manusia yang takutkan Allah!. Bila berlaku dugaan dan pilihan antara nafsu dan iman, mereka memilih iman kerana mereka takutkan Allah dan takutkan hukuman di akhirat. Bila di hadapan mata terbentang kenikmatan dunia ataupun redha Allah, mereka memilih redha Allah kerana takutkan Allah.

Adik-adik yang bakal berkahwin. Dengar nasihat kakak. Perkahwinan ini penuh perkara tidak di jangka. Jika seronok, jangan terlalu gembira. Jika bersedih kerana pasangan tidak seperti di impikan, jangan terlalu berduka. Gembira dan berduka tidak selamanya. Yang ada ujian salah faham sedikit-sedikit tu, berlapang dada lah. Di luar sana lebih ramai yang di uji sangat besar meskipun mereka seorang yang taat pada Allah, tidak bercinta sebelum nikah.

Kakak rasa mungkin kakak boleh berikan nasihat pada adik-adik walaupun kakak seorang yang gagal dalam perkahwinan. Kerana kakak juga salah seorang yang di ceraikan genap sebulan berkahwin. Sewaktu inai di jari masih merah. Walaupun kakak tidak bercinta sebelum nikah.

Hidup ini untuk Allah. Bukan untuk manusia. Be strong!☺☺

Sumber: Hazirah Hj Hamzah