Satu Keluarga Terkejut Sebab Ibu Yang Janda Ketagih Cinta Siber

Mak aku dah 20 tahun menjanda. Seorang ibu yang baik, cekal membesarkan anak2 seorang diri. Ramai lelaki cuba menyunting, tapi mak mengelak dengan beri pelbagai alasan. Ayah aku pula, sepanjang mereka berkahwin, juga adalah ayah yang baik. Tidak pernah abusive, pendiam dengan orang luar, tapi ceria dengan anak2. We were a happy back then, until ayah decided to let mom go.
Baru2 ini, aku perkenalkan mak dengan dunia facebook. Niat aku nak kurangkan kebosanan dia. Boleh la dia tengok resipi, berhubung semula dengan kawan2 lama, atau mengikuti page2 agama.

Tapi inilah kesilapan terbesar aku rupanya.

Baru sebulan di facebook, mak aku terjebak dengan ONLINE LOVE SCAM. Kelam kabut kami sekeluarga (aku suami isteri, mak sedara, kawan2 mak) cuba menyedarkan mak dengan kes2 penipuan seperti ini. Aku sendiri dah pun membaca kesemua teks/mesej yg dihantar oleh conman tersebut, memang ternyata yang menulis tu bukan orang Malaysia, walaupun di fb nya, guna nama melayu, gambar profile seperti pegawai tinggi kerajaan Malaysia. Every malay words copy dari Google Translate. Nampak sangat menipunya. Tapi mak aku tetap gila bayang pada profile conman. Mak kata, lelaki tu orang Malaysia tapi membesar di luar negara, sebab tu tak pandai berbahasa melayu. Aduss..

Yang aku khuatir, mak seperti terlalu yakin dengan cinta siber dia. Dah bernekad untuk tinggalkan Malaysia, dan mengikut ntah sesiapa ni duduk di luar negara (kononnya la). Cakap anak menantu dah tak nak dengar. Beranggapan kami ni nak menyekat kebahagiaan dia. Sedangkan kami nak menghalang mak dari dijadikan keldai dadah ke, pengebom berani mati ISIS ke, ataupun ditipu wang ringgit.

Dah ajak pergi ke IPD supaya mak dapat penerangan jelas dari pegawai polis tentang kes2 yang sama seperti ini. Tapi bila orang dah gila bayang mabuk kepayang, memang takde nak la dia dengar nasihat orang lain.

Masalah mak aku ni, dia beranggapan jika dia adalah orang yang baik, taat dan patuh pada perintah Allah, maka orang2 yang dia jumpa juga baik seperti dia. Naive je bunyinya, tapi mak aku memang mudah percaya pada orang. Lebih2 lagi jika dipuji. Puas juga aku nasihatkan yang orang yg baik2 ni la selalu jadi mangsa penipuan. Tipu duit, duit boleh cari. Tipu maruah, harga diri, kebebasan hidup…merana badan. Kalau dia bukan mak aku, mungkin aku tak peduli. But she is my mother and I need to protect her!

Dah dipujuk, kalau mak nak kawin, kawin la dengan orang yg nyata ada di depan mata. Yang kenal susur galur salah silah keluarganya. Bukan main ikut semberono. Ya Allah, serabut minda tak terkata sekarang ni.

Readers, apa lagi yang boleh aku buat secara fizikalnya (doa solat hajat tu tak perlu suggest, itu basic). Aku perlu tahu jika ada cara lain yang boleh aku usahakan bagi mengekang perkara ini dari terus melarat. Aku tak nak nanti mak aku yang tua ni dipenjara di negara orang atas tuduhan membawa dadah ke (this probably the worst scenario), dihambakan ke, apa ke. -Anak Mak-

Sumber: IIUMC