Sofea Ilias Sah Kembali Hidup Sebagai Mak Nyah

Cerita mengengai Sofia Ilias selalu menjadi perbualan hangat setiap netizen. Tingkahlakunya sentiasa di beri perhatian dan kini tercetus satu lagi kontroversi mengenainya.

Awal tahun 2016 yang lalu, laman-laman media sosial di Malaysia dipenuhi dengan berita penginsafan seorang mak nyah yang katanya telah mendapat hidayah dan ingin kembali ke pangkal jalan.

Berita penginsafan Sofea Ilias yang merupakan seorang usahawan barangan kosmetik ini mendapat liputan meluas media tempatan dan Singapura yang rata-ratanya memuji tindakan maknyah ini yang dilihat berani dan patut dijadikan teladan kepada golongan-golongan maknyah dan pejuang-pejuang LGBT tempatan dan luar negara.

Sofea-Ilias-Bertaubat-Tidak-Mahu-Menjadi-Lelaki1
Keratan sebuah akhbar Singapura

Namun, seperti kad prabayar, ianya tidak mampu bertahan lama dan turut mempunyai tarikh luputnya.

Hari ini, Sofea Ilias telah memuatnaik sekeping gambar lama ke dalam laman Instagram beliau. Gambar beliau berambut panjang berwarna kekuningan menggayakan long dress berwarna kelabu ini turut diserta kapsyen yang ditulis khas kepada peminat-peminat beliau.

Sofea-Ilias-Bertaubat-Tidak-Mahu-Menjadi-Lelaki-2

Tidak lama selepas itu, Sofea turut memuatnaik sekeping gambar yang merupakan screenshot perbualan di antara beliau dengan keluarga beliau.

Sofea-Ilias-Bertaubat-Tidak-Mahu-Menjadi-Lelaki3

Difahamkan, Sofea kini berada di Korea Selatan untuk bercuti dan setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Sofea sendiri samada status yang dimuatnaik di laman Instagram beliau adalah original ataupun telah digodam dan diharapkan Sofea Ilias menjadi lebih tabah dan tidak berputus asa untuk menjadi seorang lelaki. Anda wira kami!

 Sofea-Ilias-Bertaubat-Tidak-Mahu-Menjadi-Lelaki-Kembali-Ke-Fitrah
Update : Sofea Ilias telah mengesahkah bahawa keputusan yang dibuat oleh beliau menerusi laman Instagram beliau adalah muktamad.