Suamiku Dah Beri Izin Salah Ke Aku Keluar Dengan Lelaki Lain?

Ramai yang sudah berumahtangga pasti tekejut bila lihat soalan yang di tujukan kepada seorang ustaz ini. Maklumlah dunia yang serba moden ini pada kebiasaanya kita dapat lihat suami dan isteri orang keluar berdua – duan dengan lelaki atau wanita lain.

Terutamanya kepada para isteri mesti tertanya “salah ke aku keluar lunch dengan rakan sekerja lelaki saya?” Jom kita lihat jawapannya.

Soalan

Apakah hukumnya seorang isteri keluar dengan lelaki lain tanpa mendapat kebenaran suaminya terlebih dahulu? Untuk makluman ustaz, mereka tidak melakukan maksiat, hanya ingin makan tengah hari bersama.

Jawapan

Berdosalah seorang isteri yang keluar dengan lelaki lain, walaupun dengan izin suaminya.

Perbuatan ini boleh menjadi sebab turunya bala atau bencana terhadap si isteri. Meskipun mereka tidak melakukan maksiat, dikhuatiri suatu hari nanti mereka akan terjerumus ke dalamnya.

Rasulullah bersabda:

“Ketahuilah, tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan yang ketiganya ialah syaitan,”

(Riwayat a;’Tirmizi)

Perbuatan membelakangkan suami amat dibenci Allah dan boleh menggugurkan hak nafkah isteri kerana telah curang. Oleh itu, kita hendaklah berlindung dengan Allah daripada dorongan nafsu untuk berbuat demikian.

Sumber: Himpunan Cerita Lawak