Tak Ada 5 ‘C’ Tak Payah La Nak Kahwin

Kebayakkan lelaki yang belum bersedia untuk bercinta atau bertemu dengan keluarga si gadis kerana masih tidak cukup kemampuan ekonomi.

Bak pepatah ‘if you don’t have the 5 ‘C’ , you are not worth it!’

Apa itu 5 C? Jom kita lihat:

  1. Cash
  2. Car
  3. Credit Card
  4. Condominium
  5. Country Club

Menempuh alam selepas perkahwinan ini bukan mudah, memang menggunakan banyak wang. Jika diri masih belum bersedia jangan cuba-cuba untuk bercinta. Ada juga hanya kerana rasa cinta, sanggup pelajaran ditinggalkan.

Jodoh, ajal, dan maut itu memang telah ditentukan olehNya. Tetapi, kita sebagai manusia tidak salah merancang yang terbaik. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abdullah menasihati pada lelaki untuk membina tapak kehidupan yang kukuh dahulu sebelum bercinta.

Sebenarnya ramai yang tidak sedar tapak kehidupan yang kukuh itu juga sebenarnya termasuk dalam salah satu persediaan untuk berumah tangga. Apabila seorang lelaki sudah mendirikan rumah tangga sudah menjadi tanggungjawab suami menyediakan makan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa untuk isteri.

“Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya mengenai kehidupan remaja dahulu. Semasa saya di kolej, saya masih ingat lagi saya menerima mesej ‘bunga2’ dari seorang rakan wanita sekolej.

“Memandangkan saya ini tak pernah nak fikir mencari pasangan semasa kolej disebabkan mahu fokus pada belajar kerana subjek yang diambil itu agak sukar. Saya hanya balas mesej “terima kasih” sahaja, bukan “K” ya.

“Banyak kali juga mesej bunga-bunga dihantar bertubi-tubi. Saya seperti biasa, balas “terima kasih” sahaja. Saya sedar kewangan saya terhad dan lebih baik menumpukan kepada menghabiskan kursus diambil.

“Tidak lama setelah itu rakan wanita saya cari orang lain. Sekarang ini sudah berumah tangga, Alhamdulillah. Sayangnya rakan wanita saya itu tidak sempat habiskan peperiksaan.

“Begitu juga ramai lelaki dan wanita di luar sana. Banyak masa, tenaga dan kewangan dihabiskan semata-mata membina perhubungan sebelum ada perkahwinan yang sah. Ada antara pelajar tercicir pelajaran kerana cinta dan visi memperbaiki kehidupan keluarga tinggal angan-angan sahaja, terutamanya golongan bumiputera.

“Sebenarnya tidak salah mencari pasangan, yang menjadi masalah bila kita cuba meniru gaya barat sampai keluar malam-malam berdua-duaan.

“Saya ada ramai sahabat yang bertemu jodoh tanpa perlu berkepit siang malam sebelum kahwin. Alhamdulillah mereka berjaya menamatkan pelajaran. Tidak pula bila kahwin mereka memaparkan kehidupan mereka seolah-olah mereka paling bahagia.

“Elakkan terlalu taksub dengan kecantikan atau hensem sebelum kahwin. Betapa ramai terpengaruh dengan kecantikan dan kehenseman tetapi hanya dipergunakan.

“Tipulah jika saya tidak pernah ditolak bila berterus terang. Kecewa pun ada juga. Tapi hidup perlu kuat menongkah cabaran. Hikmahnya, saya dibuka peluang lain pula.

“Alhamdulillah, masa terluang semasa muda, saya dapat bekerja sambilan, membuka cds akaun membeli saham kaunter syariah, meneroka peluang beli hartanah dan menuntut ilmu agama.

“Jika ‘loan business’ ketiga saya diluluskan selepas ini, Insha Allah pendapatan mencapai 10k sebelum umur 28 tahun. Kalau boleh saya nak kahwin tak nak pakai duit mak ayah. Doakan saya dapat bagi elaun jaga ibu ayah dan mak-mak saudara yang pernah mengasuh saya. Nak bawa mereka umrah juga Insha Allah.

“Kepada yang ingin mencari pasangan hidup pastikan mencari yang bergaya sederhana. Elak guna duit banyak dan kereta mewah untuk pikat pasangan hidup. Bila kahwin, kos perkahwinan tidak sampai menghabiskan duit persaraan mak ayah kita,” ujar Abdullah

Sumber: Miss A