Tips Memilih Baju Renang Yang Sesuai Untuk Wanita

Berenang merupakan salah satu kegiatan yang popular bersama – sama dengan keluarga tercinta atau pun kawan-kawan. Kegiatan ini dapat dilakukan di kolam atau sungai dan boleh berfungsi untuk acara rekreasi seperti mencari ikan atau hanya sekadar mandi saja.

Namun pemilihan pakaian renang kian menjadi isu besar untuk wanita kerana runsing dengan pandangan orang lain tentang apa yang dipakai.

Berikut adalah 4 tips untuk memilih pakaian renang:

863663fd7a8150c89c1f72a2683d57ff

1). Nyaman dan lembut

Pilihlah baju renang yang nyaman untuk kulit dan lembut. Ia haruslah tidak berasa berat di dalam air. Biasanya jenis baju renang seperti ini terdiri dari komposisi bahan baju renang muslimah yaitu spandex nylon.

Jangan pilih baju renang berbahan poli kerana tekstur kainnya agak tebal memberikan rasa keras di kulit. Walaupun pakaian renang poli lebih murah, adalah lebih baik jika kita rasa nyaman dan selesa bila bermandi manda.

60a0aad57d310df48352664562f83bad

2). Sebagai pelindung

Pilihlah baju renang yang berfungsi sebagai pelindung kulit dari sinaran UV matahari terutama waktu anda melakukan aktiviti berenang di dalam kolam renang outdoor atau di pantai.

slimming-designs

3). Sesuai bentuk tubuh

Pilih baju renang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Bagi yang bertubuh kurus, dalam memilih baju renang, fokus kepada baju renang yang penuh motif atau corak supaya anda tampil lebih penuh. Untuk yang bertubuh besar bolehlah cuba pakaian renang berwarna gelap seperti hitam atau biru.

Anda juga harus ingat, jika anda berenang di tempat – tempat yang agak berbahaya atau berarus kuat, anda amat digalakkan untuk memilih kombinasi baju renang dengan warna terang pada tangan atau badan. Ini bertujuan jika terjadi sesuatu kecemasan terhadap anda, anda mudah dilihat orang lain untuk mendapatkan pertolongan.

ad_201671569-e1459589338805

4). Alternatif Muslimah

Kepada wanita muslimah, terdapat juga banyak jenis pakaian renang yang direka khas untuk muslimah supaya anda dapat menikmati keindahan alam dan pada masa yang sama, dapat memenuhi syarat syarat seorang muslimah.

Jadi ini adalah tips – tips memilih pakaian renang yang sesuai untuk anda.