Tips Menarik Hindari Semut Dari Masuk Rumah

Nampak macam tak beberapa yakin, tapi tak salah mencuba tips yang akak ni bagi.

Dari FB Aini Yusof Lee

Sejak 2 bulan lepas baby indah ni suka campak botol susu, habis melekit-lekit lantai dengan susu dia. Semut pun mula la datang entah dari mana, satu kerja pulak nak sapu keluar semut semut ni dan nak mop lantai banyak kali. Nak racun semut- semut ni memang tak smpai hati..

Akhirnya saya pergi beli sekilo gula. Setengah kilo letak dalam pinggan, letak kat koridor. Saya pesan kat semut, “setengah kilo aku bagi korang, setengah kilo lagi aku punya, dalam rumah tu tempat aku, luar rumah ni tempat korang, nanti dah habis aku beli lagi.kita kongsi”

Tak payah tunggu lama. Lepas seminggu semut habis berjemaah keluar. Dah dekat sebulan gula dalam pinggan ni tak habis habis lagi dan semut pun tak ada dah dalam rumah. Korang boleh cuba juga, berkesan.

Cham Out!

Sumber: Laman Kongsi