Wanita Berpayudara Besar Banyak Kelebihan

Kadangkala kita terdengar keluhan dari wanita berpayudara besar tentang saiz buah mereka yang mungkin menyusahkan. Mungkin ada juga di kalangan wanita yang berasa agak segan atau malu dengan saiz aset mereka

Tetapi sepatutnya payudara besar mempunyai banyak kelebihan yang ramai wanita berpayudara kecil hanya boleh impikan. Sebab itu kita dengar banyak wanita yang membuat pembedahan plastik membesarkan payudara.

Di sini kita senaraikan 10 kelebihan wanita berpayudara besar.

23 (1)

 10. Berenang

Tisu adipos dalam payudara boleh membantu anda terapung di dalam air. Seperti banyak kajian yang telah dibuat, manusia sebahagiannya adalah spesies akuatik dan buah dada yang besar juga boleh menyelamatkan wanita dari lemas!

9. Kehangatan Badan

Tisu adipos yang sama juga dapat membantu wanita yang berpayudara besar untuk merasa lebih panas di pejabat yang sejuk ataupun di negara yang mempunyai musim sejuk.

8. Kusyen

Payudara besar mempunyai komposisi lemak yang boleh menjadi kusyen apabila keadaan yang tidak disenangi terjadi seperti jatuh terlentang ke atas tanah.

7. Faedah Sosial

Ini memang tidak dapat dinafikan kerana wanita berpayudara besar kian mendapat perhatian dari pihak lelaki. Secara evolusi manusia, payudara besar memberi isyarat kepada lelaki yang wanita ini lebih menawan. Kadangkala payudara besar juga dapat memberikan perasaan konfiden pada wanita untuk menangani segala isu kehidupan.

6. Kesuburan

Memiliki hormon yang beleh membuat dada besar secara amnya menunjukkan sistem pembiakan yang sihat dan diiktiraf sebagai tanda kesuburan dalam kebanyakan budaya.

5. Menarik Perhatian

Payudara yang besar juga boleh menolong wanita menonjol dengan lebih terang dari orang lain. Wanita yang mempunyai payudara yang paling besar di dalam bilik mesyuarat contohnya dapat membuat dirinya di dengar oleh orang lain dan orang juga akan memberi perhatian yang lebih kepadanya.

4. Panjang Umur

Wanita yang mempunyai susuk badan yang lebih penuh kebiasaannya mempunyai umur yang lebih panjang berbanding wanita yang tak cukup berat badan.

3. Kebolehan Beranak

Secara evolusi, wanita yang berpayudara besar memang sesuai untuk melahirkan dan menjaga anak. Bukan itu saja, setengah kajian juga menyatakan bahawa lelaki juga mungkin melihat payudara sebagai sebuah isyarat yang wanita itu sesuai sebagai seorang ibu.

2. Kerjaya

Wanita yang mempunyai payudara besar juga mempunyai kelebihan di tempat kerjanya di mana mereka mempunyai personalitinya sendiri dan lebih mudah untuk mendapat kenaikan gaji ataupun naik pangkat.

1. Pakaian

Bak pepatah orang barat, “if you have it, flaunt it!” yang bermaksud kalau kau ada, tunjuk sajalah, wanita yang berpayudara besar memang boleh memakai pakaian yang apa jenis pun yang boleh menunjukan susuk badan dan terutamanya di bahagian dada.

Tasha Shilla

Jadi para wanita yang berpayudara besar, jangan risau dan malu tentang aset anda. Berbanggalah sebab ramai wanita lain yang mahukannya!

Sumber: PositiveMed and Photo by C Flanigan/Getty Images